Kecelaruan Panik

Kecelaruan panik ialah kecelaruan keresahan yang ditandai dengan serangan panik parah yang berlaku berulang-ulang dan tidak dapat dijangka. Serangan panik (Panic Attack) adalah jangka waktu di mana seseorang mengalami ketakutan dan kebimbangan yang ekstrim. Ia juga akan menyebabkan kebimbangan yang berterusan tentang kemungkinan untuk mengalami lebih banyak serangan panik pada masa depan dan / atau perubahan tingkah laku untuk mengelakkan serangan panik yang sama.

Berikut adalah beberapa gejala serangan panik :

  • Jantung berdebar-debar
  • Berpeluh
  • Menggeletar
  • Sesak nafas
  • Rasa tercekik
  • Kesakitan / ketidakselesaan dada
  • Rasa loya
  • Rasa pening
  • Rasa panas/sejuk tanpa sebab
  • Kebas kaki/tangan
  • Perasaan takut hilang kawalan
  • Perasaan takut mati
  • Rasa terpisah dari realiti

 

Rujukan: American Psychiatric Association, 2013

Language

About Us

Klinik Pakar Dr. Yeoh & Dr. Hazli is  a mental health specialist clinic that provides comprehensive mental health services for the community. Our clinic has a team of qualified psychiatrists and clinical psychologists. We strive to provide professional mental health services to our clients.

Contact us

+603-9103 0388

+6012-244 0609

31, 31-1, Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai, 56000, Cheras, Kuala Lumpur

Contact us


+603-9103 0388

+6012-244 0609

31, 31-1, Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai, 56000, Cheras, Kuala Lumpur