Mereka yang menghidap Agorafobia mengalami ketakutan, kecemasan, atau mengelak dari beberapa situasi. Hal ini kerana mereka risau akan terperangkap ataupun tiada yang dapat membantu sekiranya mereka mengalami gejala panik (panic-like symptoms).
Beberapa situasi yang mungkin mencetuskan rasa takut atau cemas di kalangan mereka yang mengalami Agorafobia adalah :
- Menggunakan pengangkutan awam (cth., Kereta, bas, kereta api, kapal, pesawat).
- Berada di ruang terbuka (cth., Tempat letak kereta, pasar, jambatan).
- Berada di tempat tertutup (cth., Kedai, teater, panggung wayang).
- Berdiri dalam barisan atau berada di kawasan yang sesak.
- Berada di luar rumah bersendirian
Rujukan: American Psychiatric Association, 2013