Gangguan bipolar merupakan gangguan mental yang ditandai dengan perubahan emosi yang episodik, perubahan pola tidur dan aktiviti, serta perubahan kelakuan.
Seseorang yang menderita bipolar akan mengalami gejala mania dan kemurungan :
Gejala Episode Manic |
Gejala Kemurungan |
•Berasa terlalu bahagia ataupun seronok
•Berasa sangat bersemangat •Peningkatan tahap aktiviti •Keinginan untuk tidur menurun •Lebih aktif dari biasa •Bercakap laju, mengenai banyak perkara yang berbeza •Sangat sensitif dan mudah tersinggung •Mempunyai banyak idea dan merasakan fikiran bergerak laju •Percaya mereka boleh melakukan banyak perkara sekaligus •Melibatkan diri dalam aktiviti yang berisiko dan boleh menyebabkan kesan buruk seperti membeli belah tanpa kawalan, hubungan seksual secara rambang |
•Berasa sangat sedih dan putus asa
•Berasa kurang atau tidak bertenaga •Hilang keinginan untuk beraktiviti •Gangguan dalam tidur seperti sukar untuk tidur atau bangun terlalu awal •Pesimis terhadap segala hal •Berasa bimbang dan kesepian •Sukar menumpukan perhatian atau mengingat sesuatu •Makan berlebihan atau sedikit •Merasa mengantuk dan malas •Muncul keinginan untuk bunuh diri |
Rujukan: National Institute of Mental Health, 2016; American Psychiatric Association, 2013