Kemurungan adalah masalah mental yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. Ia adalah gangguan yang dicirikan oleh kesedihan berpanjangan, kehilangan minat dalam aktiviti yang biasanya anda nikmati, dan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian sekurang-kurangnya dua minggu.
Berikut adalah beberapa gejala bagi mereka yang mengalami kemurungan:
- Berasa sedih sepanjang hari / hampir setiap hari
- Kurang minat atau seronok
- Tidur lebih / kurang dari biasa
- Kurang/ lebih selera makan
- Kurang tumpuan
- Menjadi resah gelisah
- Rasa bersalah, tiada harapan atau berasa diri tidak bernilai
- Berfikir untuk mencederakan/ membunuh diri