Kurang Upaya Intelektual (ID) adalah gangguan neurodevelopmental. Mereka yang mempunyai ID akan menunjukkan masalah dalam fungsi intelektual seperti pembelajaran, penyelesaian masalah, pemikiran, dan lain-lain. Mereka juga menghadapi cabaran dalam tingkah laku adaptif yang diperlukan dalam kehidupan seharian yang meliputi pelbagai kemahiran sosial dan praktikal.