Dementia merupakan suatu keadaan yang sering dipanggil penyakit “nyanyuk”. Ia dicirikan oleh kemerosotan yang ketara dalam satu atau lebih domain kognitif seperti perhatian , perancangan, membuat keputusan, pembelajaran, ingatan, bahasa, persepsi motor, atau kognisi sosial.
Mereka juga akan menghadapi kesukaran untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian disebabkan oleh kemerosotan fungsi kognitif.