Skizofrenia merupakan salah satu gangguan mental kronik yang disebabkan gangguan fungsi otak. Ia boleh mengakibatkan disfungsi pemikiran, persepsi, tingkah laku, emosi dan kognitif.
Gejala Skizofrenia:
- Delusi (misalnya, Kepercayaan bahawa dia akan dicederakan, kepercayaan bahawa dia mempunyai kemampuan luar biasa, kepercayaan bahawa isyarat tertentu ditujukan khusus kepadanya sahaja)
- Halusinasi (pengalaman seperti persepsi; biasanya mendengar suara yang orang lain tidak dengar)
- Fikiran kacau / bercelaru dan percakapan yang membingungkan / mengelirukan (contohnya, ucapan yang tidak normal, beralih dari satu topik ke topik lain)
- Tingkah laku yang sangat tidak teratur atau tidak normal (misalnya. postur / gerak badan yang kaku, tidak sesuai atau pelik)
- Gejala negatif (misalnya, kurang reaksi terhadap sebarang emosi, tidak peduli terhadap kebersihan dan penampilan diri,dll .)